Kilang Silica Pertama Di Asia Dibina Di Bari, Setiu

SETIU, 7 Sept (Bernama) — Terengganu melakar sejarah dalam bidang industri apabila Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd (TSCSB) membangunkan kilang memproses silika bermutu tinggi pertama di Asia dan Oceania, di sini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata Terengganu Silica ialah sebuah syarikat usaha sama antara Trg Industri Minerals Sdn Bhd, Tochu Corporation Japan, Toyota Tsusho Corporation dan Toyota Tsusho Malaysia.Sdn.Bhd.

“Konsortium Terengganu Silica dengan kepakaran dan teknologi pemprosesan silika yang canggih, akan mewujudkan industri-industri berasaskan silika di Terengganu pada masa depan.

“Pengetahuan dan pengalaman rakan sekutu Terengganu Silica, akan dapat menghasilkan gred atau mutu silika yang berkualiti tinggi, khususnya bagi keperluan industri silika khas,” katanya ketika merasmikan pecah tanah projek kilang silica di Kampung Bari Besar Penarik di sini Ahad.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan Terengganu Silica Tengku Sri Temenggong Datuk Tengku Baharuddin Sultan Ismail, Presiden Tochu Corporation Jepun Katsushi Morita, Pegawai kanan Toyota Tsusho Corporation (Jepun) Tatsuya Tsutsui, Pengarah Urusan Toyota Tsusho (Malaysia) Kitagawea Hitoshi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Silica Sdn Bhd N. Surendren.

Source Bernama


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *